Friday, April 11, 2014

Beras tidak rosak / dimakan bubuk walaupun setelah lebih 2 tahun

Awal Tahun 2011 - En.Muhammad diminta oleh kenalannya untuk berikhtiar bagi sepasang suami isteri yang masih belum dikurniakan cahayamata walaupun setelah lama berumah tangga. Jika tidak kerana masing-masing adalah merupakan rakannya, beliau tidak akan menerima permintaan tersebut. Bahkan, En.Muhammad tidak mengenakan sebarang bayaran kepada mereka dan sudah menjadi kelaziman beliau, tidak meminta apa-apa bayaran dan menolak sebarang bayaran yang diberikan atas setiap ikhtiar beliau dalam membantu orang lain.

Berdasarkan pengalaman beliau, setelah menunaikan Solat Hajat, air penawar dan beras yang dijampi dengan Ayat-Ayat Suci Al-Quran adalah antara bahan yang sesuai disediakan sebagai ikhtiar untuk pasangan yang sukar atau masih tidak dikurniakan cahayamata. Oleh itu, En.Muhammad pun mula menyediakan kedua-duanya bagi memenuhi permintaan rakan-rakannya itu. Setiap bahan yang perlu untuk sebarang ikhtiar, akan disediakan oleh En.Muhammad pada hari dan waktu tertentu. Kecuali bagi kes-kes kecemasan seperti kerasukan, santau, buatan orang dll.

Lebih kurang seminggu kemudian, bahan-bahan tersebut pun berjaya disiapkan dengan Izin Allah. Namun, setelah dimaklumkan kepada rakannya, beliau diberitahu bahawa pasangan berkenaan telah membatalkan hajat untuk berikhtiar dengan kaedah tersebut. Tidak pasti apakah punca mereka berubah fikiran. Mungkin kerana timbul was-was dengan kaedah yang digunakan atau atas sebab-sebab lain.

Oleh kerana pasangan tersebut tidak berhajat lagi, En.Muhammad pun menyimpan air penawar dan beras tersebut. Ianya tidak diusik dan telah dilupakan sehinggalah pada 9 Julai 2012. Apabila En.Muhammad mencari sesuatu di tempat penyimpanan tersebut, beliau terjumpa semula beras jampi yang disimpannya.

Pada hemat beliau, beras itu pasti telah rosak atau dimakan bubuk kerana telah lebih setahun disimpan. Tetapi, setelah bekasnya dibuka dan beras itu diperiksa, ternyata ianya masih elok dan tiada seekor bubuk pun didalamnya. Maha Suci Allah yang telah memelihara keadaan beras tersebut berkat bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran yang digunakan sebagai jampi kepada beras tersebut.

Malah, ketika wakil Kedah2U menemuramah beliau tentang perkara ini pada 5 Mac 2013, beras tersebut masih dalam keadaan elok. Begitulah keajaiban Ayat-Ayat Suci Al-Quran yang juga merupakan salah satu mukjizat junjungan besar kita iaitu Baginda Rasulullah SAW. Dan ianya akan tetap memberi manfaat kepada umat-umat Baginda sehinggalah ke Akhir Zaman nanti. Malah, kebesaran Al-Quran jugalah yang akan membantu kita semasa di Alam Barzakh, di Padang Mahsyar dan seterusnya, InsyaAllah

Kualiti Beras kekal elok dgn Kuasa Allah Kualiti Beras kekal elok dgn Kuasa Allah
keadaan beras tersebut pada 5 Mac 2013

1 comment:

  1. Menangkan Jutaan Rupiah dan Dapatkan Jackpot Hingga Puluhan Juta Dengan Bermain di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    -Situs Aman dan Terpercaya.
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor Dana & Tarik Dana Akan Diproses Dengan Cepat (Jika Tidak Ada Gangguan).
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5% (Disetiap Harinya)
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Pelayanan Ramah dan Sopan.Customer Service Online 24 Jam.
    - 4 Bank Lokal Tersedia : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    8 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar66

    Info Lebih Lanjut Hubungi Kami di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699

    ReplyDelete