Kisah ini terjadi
tahun lepas semasa aku pulang bercuti di
kampung. Pagi itu dalam jam 3.30 pagi...telefon di rumahku
berdering...aku yang
belum tidur dalm hati berdebar terus mengangkat panggilan. Selalunya
telefon
lewat pagi ni mesti ada hal yang tak berapa elok terjadi. Ternyata
tekaan ku
tepat. Ada orang meninggal dunia di Parit Sulaiman.Pihak keluarga
meminta abang
ku yang selalu menguruskan hal-hal kematian di kampung datang segera
kerana ada
sesuatu yang mereka nak bincangkan.
Aku mengejutkan
abangku... selepas itu abang aku menelefon
seseorang. Kemudian dia datang kepadaku dengan muka serius dan minta aku
pergi
ke rumah arwah dahulu dan dia akan menyusul kemudian. AKu dengan berat
hati
terpaksalah bersiap dan menuruti perintah. AKu tau jalan nak ke dalam
sana
sangat gelap dan jauh kedalam... arghhh...aku tak nak pikir
bukan-bukan...aku
start moto honda cub 70 ayah aku dan terus bergerak.
Awal pagi tu
cahaya bulan agak terang dan berkabus, tiba di
pintu gerbang masuk ke parit sulaiman aku rasa tak sedap
hati..berdebar-debar..tapi takkan aku nak patah balik kerumah..aku terus
menyusuri jalan tanah merah sambil mengelak lubang-lubang yang boleh
membuat
aku tertonggeng dibuatnya termasuk tayar honda cub abah aku.
Sepanjang jalan
yang kiri-kanan dipenuhi dengan sawah padi
aku tak berselisih dengan sesiapa...yang kedengaran hanya bunyi moto tua
aku
tunggang. AKu melepasi surau dan di hadapan ku ada sebuah selekoh
panjang ...di
situ tiada rumah penduduk...cahaya bulan yang terang mmebantu aku tengok
jauh
kehadapan selekoh....di sinilahh ia terjadi.....
Sampai di selekoh
aku terpaksa memperlahankan kelajuan
..sebaik tiba di separuh selekoh yang kiri kanannya hutan belukar...aku
melihat
susuk seorang wanita berbaju putih labuhhh berambut panjanggg seolah2
terapung-apung di atas rumput di tepi jalan betul-betul di penghujung
selekoh
berhampiran dengan tempat orang melepaskan air ke sawah. Serentak dengan
tu
moto aku tersengguk-sennguk dan terus berhenti...enjin moto aku tak mati
tapi
aku tak terdaya nak pulas throttle atau bergerak...aku terkaku di atas
moto..melihat wanita berambut panjang itu berdiri betul-betul di hadapan
aku.
Wajahnya hanya
kelihatan putihh tanpa mata,hidung atau
mulut...aku hanya terkaku melihat dia dengan jelas...terkumat kamit mlut
aku
membaca surah-surah yang aku ingat tapi ia tetap disitu....sekali sekala
angin
yan gberhembus sejuk menerbangkan rambutnya yang panjang hingga ke tanah
itu
dan berbau wangi yang tak dapat aku cakap baunya mcmana....tak dapat aku
bayangkan
bagaiman perasaan ku masa tu....mata aku tak berkejip tengok jelmaan
wanita
itu....yang aku pasti langsuyir atau pontianak ....berulangkali ayat
Qursi aku
baca ...aku kuatkan semangat aku capai pasir tanah merah sampai ayat
akhir ayat
Qursi aku ulang 7 kali sambil aku jerit Allahuakbar aku cmapakkan ke
arah
jelmaan tu...ketika itu juga throttle moto aku berjaya aku pulas...dan
aku
memecut berlalu dari situ..masa aku melepasi jelmaan itu memang aku
nampak ia
masih ada disitu tapi ia terapung agak tinggii dan berada di atas air
...masa
tu aku lunjurkan badanku ke hujung seat belakang tunduk dan terus
pecut..aku
takut di dok atas moto aku..segala lubang aku redah ...aku tak toleh
belakang
lagi...sampai saja kat rumah arwah dengan mukka pucat ..moto tak smepat
tongkat
aku lepaskan saja...terus aku meluru ke tempat orang ramai berkumpul.
GEmpar
seketika mereka tengok aku..
Bahuku ditepuk
oleh pak cik derih...awat..hang jumpak ka?
tanya dia dengan tersenyum. Dia membacakan sesuatu dan hembus ke muka
aku...dan
bagi aku segelas air. Minum ni katanya. Lepas seteguk dua aku minum baru
la aku
rasa ok sikit. AKu pun ceritala kat depa smeua... Pak cik derih hanya
komen..
tempat tu memang selalu orang jumpa...rezeki hang la dia nak jumpak
hang. Tak
lama lepas tu abang aku sampai dengan orang-orang masjid dalm satu
kereta.Dia
berbual seketika dgn pak cik deria sambil tersenyum tengok aku. Datang
kat aku
dia tanya aku ok ka tak...aku jawap ok tapi terkejut lagi.. dia tanya
nak balik
berani ka tak...aku jawap aku tunggu cerah laa aku balik...dia senyum
dan terus
berlalu. Sampai cerah baru laa aku balik rumah..tu pun aku ikut jalan
lain.
Sampai sekarang aku tak penah pegi lagi situ..yang aku dengar..memang ramai dah orang terserempak kat selekoh tu..ada yang pernah terjunam dalam parit sebab terkejut...ada yang lari tinggal moto...kiranya aku ni gagah jugakla tak lari tinggal moto bapak aku. Kalau tak...satu hal lagi aku nak kena pi ambik balik. Itula pengalaman pertama aku nampak jelas makhluk alam lain ...orang kata pontianak atau langsuyir berwajah buruk..tapi apa yg aku nampak lewat pagi tu...hanyalah WANITA BERAMBUT PANJANG KE TANAH, BERBAJU PUTIH BERSIH, BERBAU HARUM DAN TANPA WAJAH.
No comments:
Post a Comment