Sunday, July 14, 2013

MISTERI Perkhidmatan Bas Nombor 403


Apa khabar KC dan pendengar-pendengar MJ12? 
Saya Man. Kisah ini berlaku pada tahun 2011 sekitar waktu jam 11 lebih malam. Kalau tak silap saya, bas 403 adalah bas yang terakhir. Ini adalah kisah yang benar-benar berlaku kepada diri saya dan isteri selepas kami berjumpa dengan teman-teman. Kisahnya begini. Saya ringkaskan seberapa yang boleh. Sewaktu saya dan isteri di dalam bas, hanya saya, isteri, dan pemandulah di dalam bas itu menuju ke Pusat Tukaran Bas Pasir Ris. Dalam perjalanan, setiap kali bas itu berhenti di setiap perhentian bas, dia akan buka kedua-dua pintu depan dan belakang. Setiap perhentian bas, saya perhatikan, tak ada seorang pun yang naik atau turun. Tapi hairannya, mengapa dia membuka pint? Tak ada orang pun yang turun naik. 
Isteri tertanya-tanya kepada saya, "Kenapa pemandu tu buka pintu? Tak ada orang nak masuk kan..." Saya tergamam buat seketika. Sampai di jalanraya utama saya bertanya pemandu bas mengapa dia membuka pintu sedangkan tiada seseorang pun berada di perhentian-perhentian bas yang kami lalui kerana mempunyai perasaan yang ingin tahu sangat. Pemandu berbangsa Cina itu berkata, "Di tempat ini, memang keras. Pernah berlaku sesuatu kepada saya. Kejadian itu berlaku agak lama. Sewaktu saya sedang memandu bas itu waktu malam, saya pernah terdengar bunyi seperti bas itu bising seperti ramai orang sedang berbual tetapi tiada seorang insan pun dalam bas itu. Pernah sekali, saya terjumpa dengan CIK PON." Dan dia membuka dan menutup pintu kerana ingin makhluk-makhluk ghaib ini semua naik bas dan keluar bas. Itu sahaja yang saya ingin ceritakan. Pada pendengar yang benar-benar tahu tentang mengapakah ini terjadi, tolonglah berkongsi dengan MJ12. Sampai sekarang, saya belum tahu sebab yang sebenar. 
Terima Kasih...

No comments:

Post a Comment