CUACA pada malam
itu agak dingin. Semua penghuni rumah teres
dua tingkat di Nilai, Negeri Sembilan itu sudah tidur semasa Keena
pulang
daripada kerja.
Pada masa itu
jarum jam menunjukkan pukul 11 malam.
Pramugari itu terus ke bilik air untuk membersihkan tubuh setelah 13 jam
mengharung penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur
(KLIA) di Sepang.
Sedang dia asyik
menghayati siraman air suam kuku, tiba-tiba
pandangan mata Keena terarah kepada sebuah objek yang melekat pada
cermin
pemisah bilik airnya.
Dek terlalu
letih, Keena tidak banyak berfikir. Dia
menyangkakan objek itu mungkin seekor kelawar yang tersesat ke dalam
kamar
mandinya. Seketika kemudian objek berwarna hitam itu lenyap.
“Bila diamati
betul-betul ia seolah-olah tapak tangan
lembaga hitam yang diletakkan pada cermin itu,” tutur Keena, 37.
Sejak setahun
lalu, ibu tunggal itu sudah terbiasa dengan
kejadian pelik di rumahnya. Rumah tersebut didiami Keena bersama ibu,
adik dan
seorang anak lelakinya.
Malah, adik
perempuan Keena mendakwa pernah melihat makhluk
seakan-akan beruk besar berdiri di atas bumbung rumahnya. Jelas Keena,
sejak
bercerai dengan suaminya enam tahun lalu, rumah itu tidak lagi tenteram
seperti
dahulu.
Ada sahaja
gangguan misteri berlaku. Daripada bunyi bising
hinggalah jelmaan makhluk hitam berbulu yang menemani tidurnya.
“Lampu terpadam
tiba-tiba, bunyi orang sedang berjalan dan
benda mencakar dinding sudah menjadi perkara biasa buat saya.
Kadang-kadang ada
bunyi guli melantun di atas siling.
“Semasa tidur
pula ada makhluk berbulu hitam pekat sering
menindih saya. Apabila dibacakan ayat Kursi dan dilaungkan azan ia akan
hilang
tetapi akan muncul semula.
“Bukan itu
sahaja, sejak mengalami gangguan itu, emosi saya
selalu tidak stabil. Saya menjadi semakin panas baran dan mudah marah,”
jelas
Keena dalam nada sugul kepada Jurnal.
Dia tidak sahaja
diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan jelmaan
makhluk yang menyeramkan, bahkan kehidupan peribadi Keena turut merudum.
Setelah bercerai
dengan suaminya yang merupakan seorang
pramugara pada tahun 2006, Keena mengalami banyak kegagalan dalam
percintaan.
“Dalam tempoh itu
saya sudah bertunang sebanyak tiga kali.
Apabila hampir untuk diijabkabulkan, hubungan kami terputus tanpa sebab.
Saya
baru sahaja putus tunang dengan seorang mualaf.
“Dia tiba-tiba
tidak jadi berkahwin dengan saya walaupun hanya
tinggal seminggu lagi. Saya bingung, mengapa semua ini berlaku?” kata
Keena.
Menyedari
keanehan itu, Keena berjumpa ramai pakar perubatan
Islam untuk mendapatkan rawatan. Malangnya keanehan berlaku lagi sewaktu
dia
membawa seorang ustaz ke rumahnya untuk berubat. Dalam perjalanan itu,
kereta
mereka dihalang oleh seekor ular besar berwarna hitam.
Ular itu bagaikan
hendak menghalang ustaz itu daripada tiba
ke rumah Keena.
“Sewaktu
menjemput seorang ustaz daripada jalan utama ke
kawasan rumah saya, konvoi kami dihalang oleh ular itu.
“Ular berwarna
hitam yang berdiri setinggi kereta itu berada
betul-betul di tengah laluan kami sebelum ia tiba-tiba lenyap.
“Anak saya
memberitahu bahawa dia seperti sedang menonton
rancangan National Geographic secara langsung. Itulah pertama kali saya
melihat
ular yang begitu besar,” tutur Keena.
Menurut seorang
pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafei,
Keena sebenarnya menderita akibat disihir dan diganggu hantu raya.
“Makhluk berbulu
yang sering dilihat Keena itu kalau di
kampung dipanggil hantu raya. Ia dibela sejak zaman-berzaman dan
dihantar untuk
memecahbelahkan kehidupan orang lain.
“Dalam diri Keena
sendiri ada makhluk halus yang bersarang.
Kerana itulah emosi dia kerap terganggu kerana terdapat kesan lebam pada
tubuhnya,” tutur Shamsuri.
Tambah Shamsuri,
lebih teruk apabila makhluk berbulu
setinggi manusia biasa itu boleh melakukan persetubuhan dengan mangsa.
Baru-baru ini,
Shamsuri melakukan proses menghalau makhluk
tersebut dan memagar rumah Keena dengan bacaan ayat-ayat rukyah.
Setiap bilik di
rumah Keena dibacakan ayat-ayat suci
berserta bacaan doa untuk menghalau makhluk ghaib tersebut. Sebuah bilik
di
bahagian belakang yang didakwa oleh Shamsuri sebagai tempat hantu raya
tersebut
duduk dilaungkan dengan alunan azan.
Ketika Shamsuri
dan tiga orang pembantunya melaungkan azan
secara serentak itu, perhatian Jurnal tertarik oleh bunyi dari sebuah
almari.
Bunyi jari
telunjuk yang mengetuk pintu almari itu
bersahutan sebanyak empat kali sebelum ia berhenti.
Jelas Shamsuri,
apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran dan
azan, makhluk halus tersebut akan berasa panas dan marah. Seterusnya
akan
kedengaran bunyi-bunyi seperti mencakar dinding, bunyi cawan dan harimau
mengaum.
“Tanda-tanda ini akan berlaku pada waktu malam selepas ia dihalau. Ini bermakna ia tidak akan mengganggu lagi mangsanya,” kata Shamsuri.
No comments:
Post a Comment