Wednesday, July 10, 2013

Lembaga Hitam Menyangkung Di Dapur


Assalamualaikum Abang KC,

Pengalaman saya berlaku tiga tahun yang lalu, masa itu saya baru pulang dari kerja sekitar jam 12 tengah malam. Sampai di rumah, apabila saya buka pintu depan, kelihatan sudahpun rumah gelap gelita, keluarga saya semua dah tidur. Saya buka kasut dan hidupkan lampu, letak bag, terus saya pergi mandi. Setelah mandi, saya pun masak maklumlah balik kerja belum makan. Selepas makan, saya bergayut di telefon dengan kawan saya di ruang tamu. 
Tiba-tiba saya terdengar ada orang memanggil nama saya "NANAA..." Saya ingat adik saya yang mengigau jadi saya buat tak endah. Kemudian saya mendengar orang memanggil nama saya buat kali kedua. Saya buat tak endah lagi. Apabila kedengaran sekali lagi buat kali yang ketiga, saya terus terpandang ke arah dapur. Alangkah terperanjatnya saya apabila ternampak seperti ada lembaga hitam sedang menyangkung di dapur sedang memerhatikan saya!!! 
Saya terus terpekik, "PAPAA..." lalu mencampakkan telefon bimbit saya dan menangis. Papa dan Mama saya terus bergegas keluar dari bilik dan bertanya kenapa dengan saya. Saya terdiam, tidak dapat terkata apa2. Papa beri saya minum air dan menyuruh saya tenangkan diri. Selepas menenangkan diri, saya mula cerita. Dah habis cerita, Papa berkata, "Benda itu memang nak masuk dalam rumah, kau balik kerja benda itu pun ambil kesempatan hendak masuk...", lalu Papa ketawa geli hati. Hai... Apalah nasib saya... 
Sekian terima kasih...

No comments:

Post a Comment