Tiada siapa dapat menafikan bahawa KLIA antara
lapangan terbang yang dianggap terbaik dunia sehingga menerima banyak anugerah.
Namun ada cerita yang kurang enak didengari. Biarpun kesahihannya
diragukan, cerita ini mula tersebar. Cerita yang dimaksudkan di sini adalah tentang
misteri beberapa tempat di KLIA dikatakan berhantu dan
berpenunggu. Kisah di bawah ini diceritakan mengikut
lokasi-lokasi yang diceritakan oleh beberapa orang yang dipercayai
‘bertemu’ dengan lembaga misteri. Ikuti kisah di bawah ini.
Nampaknya ramai juga minat dengan cerita mistik dan misteri. Jadi atas permintaan ramai, kami akan terus mencari sumber cerita-cerita misteri dan akan cuba untuk sampai kan sekurang-kurangnya 3-5 entri setiap minggu. Jadi hari ini, kami ingin berbicara tentang KLIA, Lapangan Terbang Penuh Misteri. Sebelum nak berbicara cerita misteri dan sejarah tempat ini. Sebenarnya, (merujuk pada sumber) tapak lokasi ini merupakan sebuah kawasan Orang Asli dan juga terdapat Ladang Kepala Sawit. Walaupun banyak bantahan tentang pembinaan Lapangan Terbang ini, akhirnya ianya siap dibina dan beroperasi dengan cemerlangnya.
Sejarah KLIA dari Wikipedia :
KLIA akhirnya dibuka secara rasmi pada
27 Jun 1998. Lapangan terbang ini boleh menampung sebanyak 35 juta
penumpang setahun dan 1.2 juta tan metrik kargo dalam fasa pembinaannya
sekarang. Lapangan terbang ini telah menduduki tempat yang ke-13 di
dunia dari segi bilangan penumpang asing di mana sebanyak 24,129,748
penumpang telah menggunakan lapangan terbang ini pada tahun 2006. Pada
tahun yang sama, lapangan terbang ini juga telah mengendalikan 677,446
tan metrik kargo untuk menduduki tempat ke-30 di dunia dari segi
pengendalian kargo.Lapangan terbang ini berkonsepkan “lapangan
terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang”. Keadaan ini dapat
memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan suasana hutan
Malaysia kepada pelancong luar negara.
Semua cerita ini boleh didapati di forum
CARI tetapi kami cuma ambil dan kategorikan kawasan-kawasan di KLIA
yang mereka di forum nyatakan supaya lebih senang untuk dibaca :
Bilik Maintenance Staf KLIA
-kat dlm maintenance kita org..dah ada
ramai gak jumpa..yg nie member aku perempuan dia pernah nampak masa keja
shift mlm.ni masa tido la sbb we all on standby if xde problem system
boleh la tdo sampai pg..yg member aku jumpa nie budak lelaki yg sorang
jumpa kat hujung tilam tgh duk mencangkung ngadap dia kat area kelopak
mata tu putih mcm lotong tu..yg sorang lagi sama gak tp betul kat tepi
tilam sederet gn kepala member aku nie..member tercelik mata nk
pusing masa tido tp tetiba benda tu jenguk betuk2 kat muka member aku
nie..yg member nie terus bangun kejut member yg 2 org lg
shiftmlm tu suh alihkan tilam terpaksa tido dekat2 gn budak2
lelaki…lepas dia baring kat bahagian lain masa dia org nk lelap balik
dengar org jln berlari2 kat tp tilam.member yg lelaki ni suh sume bangun
alihkan tilam dr menegak kena melintang lps tu baru ok..benda tu
xkacau..
yang pengalam aku sendiri masa mula2
keja kt klia bila tido mlm asyik dengar tapak kaki org jln jer.lps
tu pintu bilik maintenance asyik ada org kuar masuk..kita org bila ada
org komplain pasal system problem mesti dia org akan cal dulu so we all
akan p kat tempat system tu la..yg nie xde org komplain tp pintu tu
asyik bukak tutup jer..lps tu benda tu suka jln kat tepi tmpt
aku tido..aku tido kat belakang kat area locker…mula2 ingat member asyik
amik brg dlm locker..bila tanya member dia kata mana ada
bangun pon..xlama lps tu ramai pulak member2 opis duk citer pasal benda
nie memang dah lama,…sekarang bila tdo kat bilik tu time shift mlm mesti
aku selubung terus gn selimut lps tu tutup muka terus gn bantal.xnk tgk
benda2 tu…sbb aku tdo kat tmpat yg member aku jumpa “benda” tu
Gate C
C34 : hmm… penah gak berkampung kat klia
tu sbab ada event kena pi sambut delegates dari luar. kul 3
pagi gi jemput org kat gate. kitorang dapat special pass bole pegi
sambut kat gate. ada gak ground crew yg citer gate paling
hujung C34 ke apo ntah, kengkadang menda tu kaco diorang masa nak
prepare gate tu. :L tapi mmg seram laa kul 3-5 pagi tu manusia kurang
time tu.
-C21 : mmg kat sat tu sunyi coz biasa
pas kul 3 camtuh xde kapal sgt pon..dah tu kdi2 pon kul 1 camtu dah
tutup kec ada la 2-3 cafe yg buka..tingat xperien member aku 5-6 tahun
lepas. dia keje dept acc utk kedai duty free..opis dia kt atas gate C21,
keje dia kira & record total sale for the day so mlm tu nak
jd citer dia kena keja sorang coz partner dia cuti, xde org cover..da
setel kira2 duit & wat report sumer dia pon standby r nak tdo
.(nama dia za)..x lm lps dia lelap tu tetiba dgr suara panggil – ‘za..oh
za..’ dia punya la cuak..dah sah2 dia sorg jer dlm opis tu, so dia
senyap jer la di balik selimut..lm gak sore tu dok panggil2 dia last2
dia dgr sore tu ckp ‘tido ker..xper lah bye..”..xtdo dia dlm opis
tu,trus g surau coz kdg2 ada gak makcik cleaner tdo kt surau tu.. aku
dgr dia citer pon meremang..apa taknye siap tau nama tuh..agaknya dah
mmg port dia kot opis tu, hari2 org yg sama keje spi tau nama kwn tu..
-C17 : Teringat dahulu semasa kerja
dengan malaysia airports niaga.Keja pulak ader shift.Pastu kadang jaga
kiosk kat gate C21 atau C17 seram giler:mad: Pastu nak dijadikan
citer,ader 1 malam tu sebelum puasa tahun 2007.Aku nak balik dah tgh
kemas2 gondola lepas recount duit.Pastu aku g la jumpa mmber aku kat
kedai Dunhill..menuju gate C31-C37,masa tu flight Cathay Pacific CX0057
dah 1 jam lebih boarding.Pas g jumpa member aku tuh aku pun g
lah toilet near travellator tuh.Aku tgk takder orang lengang gile floor
tu:mad:gate pulak sume dah closed.Kuar toilet tu aku terdengar
org koll nama aku dari mezzanine floor satellite.Aku tgk takder orang
masa tu restaurant Rimba tu pun takder orang…seram gile.
Jalan Raya Sekeliling KLIA
-yg ni plak diceritakan oleh member baik
ev…citer ni pon dh lama, tp time tu klia dh buka dh…terjadi kat sedara
dia….ev x ingat sedara dia yg pompuan yg laki tu…ev andaikan yg pompuan
lah….citernya, tetiap pagi around 3-4 am, sedara dia akan antar asben
dia gi keje kat klia tu, bwk anak2 diorg yg tgh tido skali (2 org) letak
kat seat blkg…ada 1 pagi tu, on da way nk balik umah(pas dh antar asben
dia),tetiba sedara dia tgk ada sorang pompuan rambut panjang duduk kat
seat sebelah dia sambil perhati dia….mmg dia kecut giler…tp dia maintain
bwk keta tu….sepanjang perjalanan sampai kat umah pompuan
rambut panjang tu still dok perhati dia…waktu dia buka pintu gate umah
pon, pompuan tu ada lam kete lg dok perhati dia….dia bwk kete
masuk umah pun, pompuan tu camtu gak….then, dia pas dia bwk anak2 dia
masuk umah, dia mengintai kat tingkap nk tgk pompuan tu ader lg ker
tak….x silap lama gak dia tggu, tgk2 pompuan tu menghilang ikut bumbung
keta….
-Sebenarnya bukan pengalaman member aku
je, tapi aku ada jugak masa tu, dalam satu keta dengan 2 orang member
aku. lepas lepak kat bukit tinjau (bukit dekat dengan KLIA untuk tgk
kapal terbang turun naik), kami balik ke rumah kawan aku kat sepang. On
the way balik tu, dok rancak berborak, radio plak member aku saje
kuatkan..masa lalu kat jalan KLIA tu (aku tak hengat kat area mana, tapi
berhampiran dengan KLIA), ada kain putih lintas depan kereta
kami..memang jelas nampak kain putih macam dok berkibar lalu depan
cermin kereta kami.kebetulan aku dok kat belakang, 2 orang lagi member
aku dok kat depan, nampak kain tu..terdiam aku jap.ingatkan aku
sorang je yang nampak, member aku yang drive tu pun nampak jugak.tu sbb
dia tiba2 padamkan radio keta. member aku yg sebelah dia ni, masa
kejadian dok toleh blkg borak dgn aku..tu sbb dia tak perasan..lepas je
kejadian tu, aku dengan member aku(yg drive) senyap..member aku lg
sorang ni pelik sbb tiba2 kami senyap..
Ingatkan lepas dari tu dah tutup
buku..tapi malam tu masa aku tido reramai dengan member aku kat ruang
tamu, aku dengar member aku(yg drive) tu dok berdialog dengan
‘seseorang’..aku tak dapat tangkap bahasa ‘seseorang’ tu..walhal dua
orang yang berdialog tu datang drpd orang yang sama iaitu member aku(yg
drive). ‘seseorang’ tu tak sama macam suara member aku, garau skit. aku
agak la bahasa yg ‘seseorang’ tu cakap mcm bahasa orang asli. ntah
kenapa aku rasa mcmtu..yg aku dengar drpd suara member aku, “aku tak
kacau engkau”..member aku siap baca surah hape ntah masa dialog tu..
esok pagi aku tanya member aku, dia
sedar tak malam tadi? dia kata tak..Alhamdullillah, lepas je kejadian
tu, takde benda-benda yang pelik jadi..
Parking Underground KLIA
-ada org sudah jumpa antu apek kat
parking klia mintak duit kecik nak bayar parking…siasat punye
siasat, rupa2nya apek itu sudah mati bunuh diri kat area situ dgn terjun
bangunan (kalo tak salah laaa..) & org yg bernasib baik
aje akan ditegor apek ni…
Gate 2
-ustaz ismail kamus dtg klia neh buang
hantu kat gate G2…hantu tuh tinggal kat gate G2 tapi kalo mlm2 dia suke
kacau staff2 mas yg duk kat ofis hospitality yg kat sblah gate G2
tuh…dia usik2 telinga pastu cuit2 lengan staf2 dlm tuh…kalo u ols dengar
citer member aku tuh sure korang pon meremang bulu roma…..:L
Aerotrain KLIA
-hujung thn lepas member aku nak masuk
bertugas blk kat satelit lepas ambik time rehat…dr mtb ke satelit kan
kene naik aerotrain kan…dia duk dlm gerabak tgh….bile lalu kat terowong
dia toleh kat seat kat hujung gerabak lagi 1 dia nampak sorang lembaga
duduk tundukkan kepala…rambut panjang sampe kaki…duduk keras x toleh
kiri kanan….membongkok..member aku neh trus baca segala mcm ayat2 quran
yg dia ingat…dan trus x pandang balik kat tempat mende tuh
duduk….aerotrain stop jek kat satelit trus dia berlari keluar…..
Surau dalam waiting Hall (ntah
gate mana satu)
-Cite ni experience aku mase skolah
dulu2 … aku kalo cuti pendek2 balik umah naik flight je … skolah jauh kt
kelantan nun … so ade skali tu … aku nye flight pagi … kul 7 lebey kalo
x silap … so awal2 lagi kena check in la … ari tu aku balik sorg2 sbb
aku x balik time cuti balik bermalam (dak2 mrsm bese nye x ley balik
ujung minggu kecuali cuti balik bermalam) … ada family emergency time tu
…
Sebelum subuh parents aku da anta aku gi
KLIA … aku ni dulu2 kalo time nk balik asrama … aku nk cepat2 check in
sbb kalo lame2 tunggu ngn family aku rase sedey2 … hehehe … bese la x
biase dok berjauh ngn family sblm ni … kalo KLIA tu da check in … pagi2
sunyi … walopn time tu da lebey kurang time subuh … still x de org … pas
da check in … aku lepak kt surau yg kt dlm tu … tp mase aku solat subuh
… something yg aneh ar berlaku … aku cm dengar bunyi paip
terbuka cm oprg berwudhu’ … pastu mase aku rakaat kedua … aku dengar org
takbir “Allahu-Akbar” nk start solat n sentuh bahu aku cm masuk masbu’
nk solat berjemaah la … aku pun cm lek2 je la … smayang cm bese
… imamkn la ‘org’ tu … tp bile aku bagi salam … aku tgk x de sape
sebelah or belakang aku :funk: :funk: :funk: :funk: …
Aku ni ape lagi … cepat2 baca doa …
terus kuar surau tu … cm kelam2 kabut ar … pastu mase aku kuar … ade org
masuk surau tu … staff klia kot sbb pakai uniform … dia tanye nape aku
kelam kabut … aku x sempat nk ckp ape2 … dia terus senyum … ckp “pagi2
ni bkn manusia je yg bersolat … jin Islam pun ada dik” … aku senyum
kambing je la … pas da siap2 pakai kasut … aku terperasan aku tertinggal
1 beg dlm surau tu … aku masuk balik nk amek … tp surau tu da kosong …
brader yg tegur aku td tu pn da x de … so sape yg ckp ngn aku td
Jungle Walk (Bilik Intai)
area taman tu namanya jungle boardwalk.
menurut urban legend yang diceritakan oleh kawan ash, kat situ ada kubur
orang asli yang tak boleh dipindahkan. so diorang buat la cam konsep
taman dalam airport taktau la kebenaran citer ni api awal
tahun aritu memang jungle boardwalk ni ditutup sebab ada kes histeria.
skang ni baru bukak balik. tapi memang are kat bangunan satellite ni
feymes di kalangan staf KLIA sebagai building paling berhantu. kalau
staf2 yg penah keje floor kat sini dulu citer memang seram kalau syif
malam kat sini especially bila takder flight. tersangat la sunyi dan
bermacam2 penampakan ada ;P
Tingkat 5, Tempat Berlepas.
lagi satu kisah benar yang diceritakan
oleh sorang senior staf. hehe. kalau korang perasan la kan, kat level 5
main terminal building tu ada cam malaysia airports buat exhibit sikit
(structure kaler oren kat gate 3/4 tuh). dulu ada satu gambar kat situ,
boleh tengok cik pon. gambar tu gambar salah satu air terjun kat
malaysia ni pastu punyala feymes gambar cik pon ni sampai ramai gila org
nak tengok tiap2 hari.
tapi skang ni diorg dh tukar gambar tu
sebab macam dh jadi rusuhan plak. staf yang citer kat ash ni cakap dia
sendiri pegi tengok gambar cik pon tu. memula memang tak perasan tapi
sekali bila dh ‘nampak’, memang seram giler. sebabnya cik pon tu
betul2 pandang kamera so memang cam cik pon tu tengah tengok kita la.
sampai ada yang histeria katanya.. :L teringin gak ash nk tgk
gambar tu tp xder sapa tau mana pg dah. structure tu still ada tp gambar
semua dah totally different skang
Bilik Satelit
Satu kes lg mmbe aku nmpak ada sorang
bdk lambai2 kat dia dari jauh dkt celah pintu, lorong kemana ntah. Pelik
jgk mcm mana bdk bole masuk satellite lg2 tpt kawasan larangan. Apatah
lg tgh2 mlm masa tu. Mmbe aku pn kejar la bdk tu.. Bila smpai
situ bdk tu dh hilang. Mmbe aku masuk la lorong tu, mmg sunyi
giler la(aku pn x pnah lalu situ) bilik2 yg ada dlm tu sumer dah x
beroperasi. Sorg staff engineering yg kebetulan lalu berdekatan area
situ bgtau, hantu bdk tu la yg byk mengganggu staff2 dlm bilik tu bbrp
thn dahulu. Apalagi, terus demam mmbe aku 3hari..
p/s : kesahihan cerita tak dapat
dinafikan. Tetapi banyak lagi sebenarnya cerita di KLIA ini seperti
antaranya depan KFC tetapi ceritanya agak kurang releven. Jadi apa-apa
korang jangan rasa takut, kuatkan iman anda.
No comments:
Post a Comment