Wednesday, July 10, 2013

Gangguan Dalam Rumah

Assalammualaikum KC dan para pendengar MJ12, 
Nama saya Tuti (bukan nama sebenar). Saya ada kisah yang hendak saya kongsi bersama KC dan para pendengar. 

Kisah ini berlaku di rumah ibu bapa saya di Hougang. Sewaktu saya belum berumahtangga, saya sering kali diganggu. Salah satu dari gangguan yang saya hadapi ialah saya seringkali akan tersedar dari tidur sekitar sebelum Subuh dan pada waktu itu, saya akan melihat seorang "gadis" di dalam bilik saya. Dia berbaju hitam dan akan berdiri melihat saya. Wajahnya tidak menyeramkan, malah dia sangat cantik dan putih. Rambutnya panjang dan dia selalu senyum pada saya sebelum dia "berjalan" ke arah tembok dan hilang. 
Pada mulanya saya takut tapi lama-kelamaan dah biasa dengan kehadirannya. Kadang2 pada waktu Maghrib, sedang saya mengaji, dari tepi mata boleh nampak seolah2 dia "berjalan" dan kadang2 akan berhenti melihat saya untuk beberapa saat sebelum menghilang. Saya hairan dan musykil makhluk apakah itu. Kenapa dia tak lari bila mendengar ayat2 suci???

Satu lagi hal yang saya masih ingat sehingga ke hari ini, ialah kejadian yang berlaku pada waktu Asar. Waktu itu hujan sangat lebat. Sedang saya baru saja hendak memulakan solat Asar (rakaat pertama), saya seolah2 ternampak seperti petir menyambar masuk ke dalam bilik saya betul2 di depan sejadah saya. dan beberapa saat kemudian, di tepi mata, saya ternampak seolah2 ada empat makhluk (tak tahu saya sama ada itu makhluk atau apa), semua berjubah putih dan mereka berdiri di tepi sejadah, dua di kanan dan dua di kiri, masing2 menghadap dan hanya menunduk. Saya terperanjat dan istighfar dan dengan sekelip mata mereka hilang. Terpaksa saya batalkan dan mulakan lagi solat saya. Selepas solat, saya keluar ke ruang tamu dan bertanya pada ibu bapa saya sama ada mereka ada lihat petir masuk ke rumah dan mereka hanya berkata, "Mana ada petir?"

Itu saja kisah saya... Terima kasih dan selamat malam...

Tuti
TERIMA KASIH TUTI!!!

No comments:

Post a Comment