Misteri! Mayat Bayi Tiba-Tiba
Ditumbuhi Rambut Semula | Seperti agak seram sebenarnya. Mana
tidaknya, seorang ibu yang didatangi satu mimpi pelik.
Mimpi tersebut adalah tentang anaknya yang telah mati dan
meminta ibunya supaya memindakan kuburnya ke tempat lain. Namun setelah
digali apa yang mengejutkan, rambut dan
kuku anaknya didapati tumbuh semula. Mengapa ya? Jom lihat
gambar di bawah ini.
Cerita ini berlaku di Thailand, iaitu
cerita tentang bayi yang sudah meninggal namun dari bayi ini masih saja
tumbuh rambut, gigi juga kuku. Aneh bukan ..?
Ceritanya bermula apabila seorang ibu
pada suatu malam bermimpi di datangi oleh bayinya yang telah meninggal
beberapa hari sebelumnya. Dalam mimpinya, ibu muda ini mendapat mesej
dari anaknya agar dia memindahkan tempat perkuburannya ke tempat lain.
Bayi tersebut mengatakan bahawa dia
tidak selesa tinggal di tempat pengkebumiannya tersebut kerana di
ganggu oleh penghuni-penghuni kubur yang lain.
Pada paginya siibu pun bergegas
bercerita pada suaminya tentang mimpi yang di alami semalam. Pada
mulanya si suami keberatan untuk memenuhi permintaan isterinya untuk
membongkar perkuburan anaknya. Namun kerana si isteri merengek terus
akhirnya permintaan isteri pun di penuhi juga.
Setelah sampai perkuburan bayi mereka,
maka kubur di bongkar, namun betapa terkejutnya kedua orang tua bayi
tersebut kerana didapati bayi yang telah meninggal tersebut
telah tumbuh rambut, kuku dan gigi.
Hingga sekarang siibu bayi tersebut
masih sering mencukur rambut si mayat bayi dan memotong kukunya. Hingga
kini kejadian aneh tersebut sering jadi tontonan warga tempatan.
No comments:
Post a Comment