Wednesday, July 10, 2013

Ngeri! Penemuan Mayat Tanpa Tangan Dalam Semak


 Sesuatu yang mengejutkan apabila seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan yang sangat mengerikan. Mayat lelaki ini dipercayai sudah terbiar lebih daripada empat hari sebelum dijumpai oleh orang awam. Bagaimanapun punca dibunuh masih lagi dalam siasatan. Kejadian seperti ini memang menakutkan lebih-lebih lagi jika kita mempunyai musuh di luar. Oleh kerana itu, kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan berwaspada setiap masa.

mayat2

RAWANG – Mayat seorang lelaki dipercayai berusia lewat 20-an ditemui dalam keadaan mengerikan di kawasan semak berhampiran paya di Taman Velox di sini.

Mayat tanpa kedua-dua pergelangan tangan manakala lehernya dikelar sehingga hampir putus itu ditemui seorang pekebun berhampiran dalam keadaan tertiarap sekitar jam 4 petang semalam.
Kedua-dua tangan mangsa bagaimanapun tidak ditemui, dipercayai bagi mengelak identiti mayat itu dikesan.


mayat1

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, mangsa dipercayai mati lebih daripada empat hari berdasarkan keadaannya yang berulat dan berbau busuk.
Menurutnya, pisau panjang turut ditemui bersama mangsa yang lengkap berpakaian kemeja kotak berseluar jean itu.

“Dipercayai mangsa dibunuh di kawasan tersebut apabila terdapat kesan pergelutan dan tompokan darah sekitar situ.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan dan identiti mangsa masih belum dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui padanya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, mayat tersebut turut mempunyai tatu di bahagian kanan tangan dan ia dijangka dapat membantu kes tersebut.

Rosly berkata, mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

No comments:

Post a Comment