Assalamualaikum DJ KC,
Saya bernama Madi tapi cukuplah jika saya dikenali sebagai "M" sahaja.
Saya sungguh tertarik dengan kisah2 misteri yang dikirimkan oleh para
pendengar untuk dikongsi bersama dan juga cara penyampaian KC sungguh
baik tapi jarang sekali saya dapat mendengar secara langsung, selalunya
menerusi laman Youtube saja.
Saya juga ingin berkongsi sama pengalaman yang saya sendiri alami. Apa
yang berlaku pada saya bukanlah dibuat-buat tapi yang sebenarnya terjadi
pada saya kira2 sebulan lebih yang lalu, ketika saya bertugas hingga
lewat malam untuk menyelesaikan laporan untuk keesokan harinya. Bila
sudah selesai, jam di tangan saya menunjukkan kira2 jam 1.20 pagi. Saya
langsung ke tandas untuk mencuci muka. Ketika saya hendak melangkah
keluar dari tandas, saya terkejut bila pintu tandas di belakang saya
seperti digegarkan. Walaupun terkejut saya tidak memikirkan apa2. Saya
sempat berkata dalam hati, "Eh aku ni dah tambah berat badan ke sampai
bergegar pintu bila berjalan?"
Saya terus ke pintu untuk periksa lantai dan dinding pintu kubikel
kerana saya bersama teman2 sekerja dilatih agar mencari punca sekiranya
sesuatu berlaku. Saya periksa semua ok tidak ada apa2 pun. Saya pun
pusing untuk keluar dari tandas tapi bila hendak keluar saya terdengar
pula bunyi ketukan dari arah pintu kubikel tadi. Tok... Tok... Tok...
Tok... Saya terus pusing dan melihat ke arah pintu itu yang masih
kedengaran bunyi ketukan. Saya perhatikan buat seketika, terdiam saya
bila pintu itu bergoyang perlahan, nak kata ada angin tak mungkin. Saya
beristighfar panjang dan serta-merta bau yang datang dari alat pewangi
udara di tandas bertukar menjadi seperti bau busuk dan hamis.
Saya terus keluar dari tandas dan naik teksi pulang ke rumah. Sampai
saja saya terus bersihkan diri dan siap2 untuk tidur apabila saya
terdengar salakan anjing melolong tinggi. Saya terus bangun dan pergi ke
balkoni. Saya melihat seekor anjing sedang melolong tinggi dari satu
pokok kelapa ke pokok kelapa yang lain. Saya perhatikan dalam hati ada
tupai ke atau burung tiong kuning ke kerana di tempat kawasan perumahan
saya memang ada burung itu dan selalu kedengaran bunyinya. Saya terus
perhatikan tapi tidak kelihatan apa2 hinggalah ke satu pokok kelapa
anjing itu melolong, saya perasan daun kelapa di atasnya melendut ke
bawah. Saya beristighfar panjang dan terus terangkan lampu rumah dan
putarkan CD ayat2 suci Al-Quran hinggalah ke pagi, saya tidak dapat
tidur. Itu saja yang saya ingin kongsi sama.
Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment