Wednesday, July 10, 2013

Gangguan Di Luar Rumah


Assalammualaikum DJ KC dan pendengar RIA,

Nama saya Kak Lina. Kakak tak pernah mendengar Misteri Jam 12 di radio tapi hanya mendengar melalui Youtube. Kakak ingin berkongsi satu pengalaman yang pernah Kakak alami di depan rumah kakak. Ia berlaku 10 tahun yang lalu selepas kematian ibu jiran kakak yang berbangsa Cina.

Selama kakak tinggal di situ kami berasa tenteram sehinggalah kematian ibu kepada jiran Kakak. Setelah ibunya meninggal, jiran kakak meletakkan kerusi/meja mereka yang lama di luar rumah. Mungkin milik bekas ibunya fikir kakak. Semenjak itu apabila kakak balik dari kerja ke atau dari mana2, tak kiralah siang ke malam, kakak dapat rasakan seperti ada orang di belakang kakak. Bulu roma mula meremang. Kakak toleh ke belakang, ke kiri dan ke kanan untuk melihat kalau-kalau ada sesuatu di keliling tapi tak nampak apa2. 
 
Apabila kakak membuka kunci pintu besi dan pintu utama, Kakak dapat rasakan seperti benda itu betul2 di belakang kakak. Seluruh bulu roma meremang tapi perasan kakak tak begitu takut. Mungkin kerana Kakak tahu benda itu mungkin roh si mati yang masih berada di situ. Kakak pun baca surah-surah suci dan memberi salam lalu masuk ke dalam rumah dan terus kunci pintu. Kakak ceritakan perkara ni pada suami kakak. Dia pun punya perasan yang sama. Perkara ini berlaku selama beberapa hari sehinggakan kakak rasa malas nak balik rumah untuk menempuh lagi perasaan itu. 
 
Pada satu hari kakak berasa marah sangat dengan benda ni. Ini kerana kakak rasa kakak punya hak balik rumah dengan tenteram seperti dulu. Jadi bila kakak rasa seperti benda itu berada di belakang, kakak membaca Ayat Kursi dan selepas itu kakak sembur ke arah belakang kakak. Sejurus itu kakak dapat merasakan seperti angin yang kuat meniup muka kakak pada masa yang sama seluruh badan kakak meremang. 
 
Kakak tidak rasa takut atau cemas, sebaliknya rasa marah sangat. Malam itu juga kakak telefon adik kakak dan mengadu tentang perkara ini. Adik kakak minta pertolongan dengan seorang pakar untuk memagar rumah kakak. Semenjak itu hinggalah sekarang kami balik rumah dengan tenteram seperti sebelumnya.
 
Sekian terima kasih dan selamat malam.
 
Kak Lina (Clementi)
 
TERIMA KASIH KAK LINA!!!

No comments:

Post a Comment