| Proses pengebumian adalah proses akhir
dalam menguruskan jenazah. Pada ketika inilah ramai orang akan
berpusu-pusu menuju ke kawasan perkuburan untuk sama-sama membantu dan menyaksikan
bagaimana jenazah
itu dikebumikan dalam liang lahad. Terdapat pelbagai peristiwa
pelik yang
berlaku antaranya pengalaman seorang ustaz yang diganggu makhluk
halus selepas pulang dari kubur. Namun mengapa ustaz itu
diganggu?
Hati saya mula rungsing. Mayat yang
sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh
badan berasa hangat serta tidak tenteram. Bukanlah keadaan mayat yang
cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada
sesuatu yang lain yang saya rasakan ada bersama-sama kami, yang
mengganggu kami. Keadaan mayat tersebut memang mengerikan sebab
cuma bahagian pinggang kebawah saja yang saya dan kawan-kawan saya
uruskan. Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an itu dijumpai
terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ.
Baunya memang busuk.
Walaupun demikian sekali rupa mayat
tersebut, namun ia tidak menyeramkan saya. Sudah bermacam-macam mayat
yang pernah saya uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada
itu. Tapi mayat yang ini lain macam sedikit.
Semasa memandikan jenazah itu bulu roma
saya terus tegak. Tapi saya uruskan juga sambil membaca ayat-ayat suci
al-Quran, khususnya ayat kursi, terus saya baca. Berdasarkan pengalaman
lepas-lepas, jika begitu perasaan yang saya alami, maknanya
jenazah yang saya uruskan bukanlah dari kalangan mereka yang dicintai
Allah.
Apabila sudah selesai menguruskannya,
kami hantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan. “Encik, jangan
kebumikan dulu jenazah ini, sehingga saya datang ke sini semula,” pesan
saya kepada penggali kubur. Saya tidak dapat turut serta kerana saya
perlu menghantar dahulu juru urus jenazah wanita yang dipanggil satu
jenazah.
“Insya-Allah,” jawab penggali kubur
tersebut. Saya tinggalkan dia tanpa memberitahu kepadanya bahawa
mayat tersebut bermasalah. Bagi saya ini perkara aib, tak
perlulah saya jelaskan kepadanya.
Selepas menghantar juru urus jenazah
wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk
sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apabila tiba di
kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan.
“Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan.
Dah selesai,” kata penggali kubur tersebut.
“Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu.”
“Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu.”
Namun apabila masuk sahaja ke dalam
kereta, saya rasa seperti ada sesuatu yang mengekori.
Seolah-olahnya mayat itu ada dalam kereta untuk mengikut saya pulang ke
rumah. Perasaan seram kembali semula. Dengan serba sedikit ilmu
yang saya tahu, saya cuba halau ‘benda’ itu. Namun saya tahu saya gagal
dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam itu saya berperang
dengannya.
Kira-kira pukul 11 malam, ketika kami
sekeluarga hendak tidur, saya mula rasa lain macam. Isteri dan anak saya
juga gelisah seperti ada sesuatu yang mengganggu perasaan mereka.
Perasaan seram kembali datang. Bulu roma saya meremang.
Satu demi satu ayat saya baca dan
kemudian hembuskan hingga syaitan itu pergi meninggalkan saya. Biasanya
saya gunakan surah al-Fatihah, tiga Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan
satu ayat lain yang terakhir. Alhamdulillah saya berjaya, tapi tidak
lama kemudian, gangguan itu datang kembali. Sekali lagi
saya bacakan ayat-ayat tertentu dan hembuskan ke arahnya. Untuk
sementara waktu, ia lari meninggalkan saya.
Rupa-rupanya gangguan itu cumalah
permulaan. Semakin larut malam, tindakannya semakin agresif. Apabila
saya mula hendak melelapkan mata, ia kembali semula dan mencucuk tubuh
saya. Saya tersentak dan tidak jadi tidur. Saya lihat
sekeliling, tapi tiada apa yang saya nampak kecuali gelap. Saya baca
ayat-ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika.
Memikirkan gangguan itu sudah berakhir,
saya cuba melelapkan mata. Namun apabila saya hampir terlena, ia datang
semula dan mencucuk pusat saya. Sekali lagi tersentak. Begitulah yang
berlaku seterusnya. Punggung dan badan saya dicucuk apabila hendak
melelapkan mata. Setelah hampir sejam diganggu, akhirnya gangguan itu
terus berhenti. Saya tidur tanpa sebarang gangguan lagi.
Alhamdulillah, itulah sekali
saya diganggu oleh syaitan daripada mayat berkenaan.
Telahan saya bahawa gangguan tersebut
berpunca daripada mayat yang saya uruskan pada siang harinya memang
berasas. Sebabnya ialah tidak berapa lama kemudian saya mendapat berita
bahawa penggali kubur itu telah sakit selama sebulan. Sejak mengebumikan
mayat tersebut, hidup penggali kubur itu mula tidak tenteram
kerana diekori oleh ‘mayat’ berkenaan. Apabila dia masuk saja
ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam pejabatnya. Apabila dia
masuk bilik mandi, di situ juga ada mayat.
Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, di
bilik tidur, di ruang tamu, di bawah pokok atau di mana sekalipun, pasti
dia akan ternampak mayat itu. Akibatnya dia sakit selama sebulan dan
meracau yang bukan-bukan. Selepas puas berubat, akhirnya dia sembuh
seperti sedia kala.
Mungkin ada yang mengatakan cerita saya
ini karut, atau sengaja direka, tapi percayalah, ia memang benar-benar
terjadi. Bagaimanapun, alhamdulillah, kejadian itu memberi iktibar yang
besar kepada saya.
Dari segi syarak, gangguan yang
kami alami itu dilakukan oleh iblis menyerupai mayat untuk menakutkan
kita supaya kita berhenti daripada menguruskan jenazah.
Gangguan seperti ini jangan dilayan kerana menguruskan jenazah adalah
ibadah.
Saya yakin gangguan yang kami lalui
berpunca daripada ilmu hitam yang diamalkan oleh lelaki tersebut.
Menurut pendapat sesetengah orang, gangguan seperti itu berlaku kerana
lelaki berkenaan membela jin dan syaitan untuk dijadikan khadam
melindunginya.
Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah
satu cara untuk membunuhnya ialah dengan membuang separuh mayatnya ke
dalam sungai atau laut dan separuh lagi dibuang di darat. Itulah
syaratnya kerana kalau kedua-dua bahagian tubuh itu dibuang di darat,
atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, ia akan bercantum dan
mayat tersebut akan hidup semula. Itulah cerita yang saya
dengar, betul atau tidak wallahuaklam.
Nasihat saya, janganlah dituntut ilmu
yang bukan-bukan, yang bersahabat dengan syaitan. Dalam syarak, apa
ilmu kita tuntut pun kita tak boleh kebal. Malah nabi yang
hafaz al-Quran, rasul, tapi dia juga cedera semasa perang. Sebenarnya
kita bukannya kebal, tapi dilindungi oleh jin.
Ingatlah, jika kita berkehendakkan
sesuatu, bermohonlah kepada Allah. Janganlah salah guna ayat al-Quran
No comments:
Post a Comment