Sunday, July 14, 2013

Kisah Seram Di Penjara Wanita


Assalamualaikum wr wb KC & para pendengar MJ12,

Panggil saja saya Yaya.

Pada tahun 2005, saya bekerja sebagai seorang Prison Officer di penjara wanita (sekarang sudah tukar pekerjaan). Kala itu saya hamil anak sulung (tapi belum tahu lagi). Selalunya saya ditugaskan syif siang hari tapi pada satu hari tu saya "on stand-by" jadi ada seorang pegawai yang MC. Jadi saya kena gantikan tempat dia pada syif malam iaitu pada jam 7 malam hingga 7 pagi.

Kalau syif malam, selalunya kita buat rondaan seorang diri. Jadi ketika saya sedang buat rondaan, saya terdengar seorang banduan menjerit. Dia kata, "Ma'am ada orang bawa anjing berjalan ulang alik di depan pintu (gate)." Bila saya buat pemeriksaan tak ada apa-apa pun. Kawalan di penjara amat-amat ketat. Dari satu bilik penjara sehingga merebak ke yang lain semua banduan terjaga dan mula menangis tak tentu arah seperti ada "Mass Hysteria".

Saya mula berkomunikasi dengan pegawai2 lain yang bertugas menerusi alat walkie-talkie. Ketika saya berjalan di bilik pengawal, hati tergerak menoleh ke sebelah luar. Alangkah terkejut bila ternampak Kak Pon sedang bergayut di grill sambil tersengeh ke arah saya..

Saya terus masuk ke bilik pengawal dan tak berani buat apa2. Apabila tiba di sana, saya check kamera dan dapati tak ada apa2 yang merayau2 atau "benda" bergayut di grill.

Anak saya kini cantik semacam tak ikut sesiapa dalam keluarga. Kata teman2 mungkin 'benda' yang saya nampak 'ikut' saya tu sebab muka anak saya ikut muka 'dia' dan tak ikut mana2 ahli keluarga... Mungkin... Saya pun tak pasti...

Terima Kasih,

No comments:

Post a Comment